Tuesday, 22 April 2014

Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (Fasa Perancangan & Persediaan)

Aksesori Musim Sejuk
Okey pertamanya, perancangan mahu bercuti luar dari Malaysia sudah lama dirancang sebenarnya. Bukan ke Korea tapi adalah ke satu tempat yang lain lagi. Cuma biasa la perancangan manusia kan, kita hanya merancang Allah juga menentukan.
Apapun ini lah yang dikatakan rezeki, pertemuan aku dengan sepupu aku semasa Hari Raya tahun lalu membuka jalan untuk aku merancang percutian dengan lebih berani... Cewaahh... Memandangkan sepupu aku tu sudah pernah sekali pergi ke Seoul Korea bersama www.thelurimatravel.com/ maka dia mencadangkan kami pergi bercuti bersama-sama di Korea apabila ada peluang. Masa tu belum lagi ada kata putus untuk pergi atau tidak. Masih dalam pertimbangan kata orang. Sehingga la satu hari tu sepupu aku tu telefon dan minta aku check tiket MAS. Ada promosi katanya. Tidak melengah masa aku terus check online dan memang betul MAS ada promosi tiket murah ke Seoul pada masa tu. Jadi tanpa buang masa, apa lagi rembat la beli tiket kapal untuk 5 orang. Cantek betul promosi MAS, memang on time la juga. Masa beli tiket kapal tu ada lebih kurang 6 bulan lagi untuk kami sedia kan apa yang patut. Maklum la, bulan Februari masa kami mau pergi tu nanti masih musim winter lagi, tambahan pula bawa Syifa jadi kena standby baju tebal dan pakaian sejuk yang lengkap juga la untuk dia. Beli secara berperingkat tidak la terasa sangat beratnya.... Dan ini la yang dapat disediakan dalam masa 6 bulan tu... Taaadddaaa...

Kasut Boots
Ubat-ubatan dan lain keperluan (lips balm, losyen sangat penting masa musim sejuk)
Siap Packing... Horeyyy....

Jangan lupa yang lebih penting -->passport, matawang won , dokumen peribadi, baju sejuk, makanan ringan (maggi cup sudah tentu dalam list), stok makanan syifa . Tiket flight jangan tinggal tau...hehehe...

Entri selanjutnya... http://lieyarieqaireen260310.blogspot.com/2014/04/catatan-percutian-ke-seoul-korea_49.html

No comments:

Post a Comment