Thursday, 28 August 2014

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu - Perancangan dan Perkongsian Tips

Tiada jalan mudah untuk sampai ke puncak

As Salam & Hai...
Untuk entri Catatan Perjalanan Percutian Ke Seoul, Korea aku hentikan dulu buat sementara waktu bagi menulis entri yang satu ni. Minta maaf ar... Hehehe... 

Pada 10-11 Jun yang lepas
akhirnya salah satu impian aku sejak zaman muda remaja tercapai juga akhirnya. Ini merupakan salah satu impian yang aku simpan sejak dulu lagi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi jalan dan peluang serta kekuatan untuk aku menjejak kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Memang tidak sangka sama sekali boleh jejak kaki ke sana setelah menyimpan impian selama berpuluh-puluh tahun... Tapi macam biasa la, sekali aku menetap target/impian & menanam azam pasti aku mencari jalan dan menangkap dengan segera peluang yang datang untuk pastikan apa yang aku impikan tercapai. Hehehe...

Tapi apapun terima kasih kepada inchik suami, kawan-kawan dan orang-orang yang baru dikenali masa pendakian tu kerana banyak bagi sokongan dan semangat. Di sini aku lebih banyak pembelajaran yang aku perolehi. Selain menikmati indahnya ciptaan Allah S.W.T, banyak nilai-nilai positif yang berlaku secara semulajadi. Contohnya terbit semangat kerja berpasukan di sini, sikap bantu membantu, bertolak ansur dan banyak lagi dalam masa dua hari itu. Sama ada dari ahli pasukan ataupun ahli kumpulan lain. Memang enjoy... Apapun pengalaman ini antara yang paling sukar di zahirkan dengan kata-kata. Penat tapi berbaloi dengan kepuasan bila berada di puncak.

Ekspedisi ini sudah dirancang hujung tahun lepas. Pada mulanya kami merancang untuk mendaki pada bulan Mac (hanya beberapa minggu selepas kami balik dari Seoul, Korea). Tapi rupanya memang tempahan untuk mendaki penuh. Bulan Jun masa yang paling terdekat yang dapat di tempah. Mahu tidak mahu, kasi ok saja la.Hehehe... Maklumlah semangat membara walaupun pada mulanya agak risau juga sebab tiada joging atau buat apa-apa latihan fizikal. Kira menyerah pada kekuatan semangat mahu berjaya sampai ke puncak saja. (Jangan ikut cara ini. Anda mungkin terseksa... Hahaha)

Ahli ekspedisi menawan puncak kinabalu masa ini adalah seramai 18 orang (16 lelaki, 2 perempuan), terdiri dari rakan sepejabat bersama anak dan inchik suami. Dalam semua tu semua berjaya sampai ke puncak kecuali seorang atas masalah kesihatan. Bila difikir-fikir sekarang, kejayaan untuk sampai ke puncak tu bukan saja bergantung kepada kekuatan fizikal dan semangat semata-mata. Apa yang harus di ingat, bergantung dengan izin-Nya juga. Faktor cuaca memainkan peranan paling penting semasa pendakian. Jadi banyak-banyak lah berdoa semoga perjalanan dan pendakian dipermudahkan dan paling penting cuaca baik serta mengizinkan untuk sampai ke puncak. Kerana di khabarkan selang sehari selepas kami turun dari puncak, ada kumpulan lain dari Kuala Lumpur (suami kepada kawan baik aku) tidak dibenarkan naik ke puncak kerana pada masa itu hujan ribut dan angin kencang pada pagi mereka mendaki. Sesuatu yang agak mengecewakan juga tu tapi apapun, mungkin rezeki mereka belum sampai pada waktu itu.

Okey, seminggu sebelum mendaki kami menyediakan beberapa keperluan semasa mendaki. Kebetulan ada ahli kumpulan kami sudah berkali-kali mendaki, jadi dapat juga banyak tips berguna dari dia. Tidak la macam kami nampak betul yang kami "main terjah" ja mendaki ni.. Hahaha...

Kos mendaki ni tidak la mahal, peralatan pun murah-murah ja, kos dan bayaran untuk mendaki juga murah kerana kami memang anak jati Sabah. Syukurlah diberi kelebihan di situ. Disebabkan itu, aku rasa sebagai anak jati Sabah, agak rugi untuk aku tidak sampai ke puncak Gunung Kinabalu walau sekali seumur hidup sedang kan orang dari negara lain berlumba-lumba dan bersusah payah untuk datang dari jauh semata-mata untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Tapi apa pun itu bergantung pada kemampuan fizikal setiap orang. Mungkin aku rasa aku boleh, maka aku berani untuk mencuba. Tiada paksaan di situ... Kannnn??? Hehehe...

Okey ada beberapa benda la yang perlu disediakan sebelum & semasa mendaki.

Sarung Tangan. Ni pakai masa mendaki subuh tu. Kalau boleh pakai yang kalis air, supaya tidak basah dan tangan pun tidak sejuk dan kebas


Paling penting ni bagi menyokong pergerakan supaya tidak berapa penat dan pergerakan mudah semasa naik dan turun gunung. Kalau tidak pun, ada juga untuk di sewa. Ada juga di jual di kinabalu park, tapi harga 'lebih' sikit la dari harga pasaran.

Baju Hujan. Kalau boleh beli yang besar dan dapat cover bag sekali. Cuaca di sepanjang pendakian kadang-kadang tidak menentu. Masa kami mendaki, tiada hujan turun, cuma embun saja yang membasahi bumi. Tu pun embun yang turun 'manja-manja' ja masa tu. Tapi hujan lebat turun pula hanya beberapa ratus meter dari pondok Timpohon semasa kami turun dari mendaki tu yang menyebapkan aku demam seminggu siap pakej sakit mata, selesema, batuk dan hilang suara lagi masa tu. Hahaha... Jadi tiada la ter'pakai' baju hujan ni

Head Lamp. Ni guna masa mendaki awal-awal subuh tu la. kalau boleh jangan guna lampu suluh yang di pegang tangan. Guna ni sesuai terutama semasa melalui trek 'mencabar' menggunakan tali masa subuh hari tu.

Minuman tambah tenaga. Kalau ada yang suka 100 plus tu, rasanya masa ni nda berapa sesuai sebab boleh menjadikan perut anda tambah bergas dan kembung.
Baju sejuk dan beg siap packing. Minima kan barang yang hendak di bawa sebab bila mendaki berat 1kg pun rasa macam 10kg.


Entri Selanjutnya.... Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu - 10/06/14 - Hari Pertama (Timpohon Gate Ke Penginapan Gunting Langadan)

2 comments:

  1. Boleh tanya kt mane nak bli minuman tambah tenaga tu..saya nak pg mendaki gunung KK march ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. paket minuman tu boleh beli di farmasi. selamat mendaki, semoga selamat sampai ke puncak kinabalu. : )

      Delete