Thursday, 5 June 2014

Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (22hb.Februari.2014 - Hari KeTiga)

Gambar kenangan bersama keluarga ustaz yang sama-sama guna perkhidmatan Lurima Travel
Hari ini kena awal sikit bertolak dari hostel penginapan memandangkan perjalanan untuk ini agak jauh sedikit. Semua jenis pengangkutan kami rasa masa ni. Keretapi,
keretapi ekpress, teksi, feri... Cuba teka kami pi mana? Hehehe... Nami Island... Hereeee Weeee Comeeee.... Cewaaahhh... 


Masa mau gerak dari hostel penginapan cuaca dalam 2 darjah celsius. Memang rasa 'fresh' dengan keadaan cuaca pagi macam tu.. (Hurrmmm....sampai sekarang masih teringat-ingat suasana pagi yang sejuk dan fresh macam tu, memang best!). Sempat lagi bergosip, ada group lain yang pergi ke Nami Island awal sehari dari kami sempat merasa salji turun! Uwaaaa...ada salji turun lagi ka masa kami di sana nanti ni??? Huhuhu...memang masih berharap keadaan itu walaupun sudah berada di hujung-hujung winter salji mungkin nda turun lagi.... Tapi tu yang ditunggu sebenarnya... mau juga la merasa keadaan yang 'luar dari kebiasaan'...tapiiii... (korang sambung la sendiri... Hehehe...)

Snap-snap dulu sambil menunggu ahli rombongan yang lain : )
Laluan menuju ke Stesen Keretapi
Tunggu keretapi sampai menjemput kami... Hehehe....
Depan tempat ni ada stesen untuk menunggu teksi untuk ke Nami Island. Kena beratur menunggu giliran kalau tunggu teksi di sini. Tapi jangan risau, teksi banyak, sekejap ja sampai giliran.
Ok, sampai sudah. Lepas ni kena naik feri pula...

Memang ramai orang. Naik feri pun kena ikut giliran. Bukan lama pun dalam feri. Kejap ja sebab bukan jauh pun. 10 minit pun macam nda sampai di dalam feri.
Ni sebenarnya gambar masa balik (dalam feri). Bergambar kenangan dengan Pa' An 
(Lurima Travel) yang bawa keluarga ustaz.
Ni paling minta puji.. Hahaha...
Sila abaikan orang yang terlebih 'excited' dibelakang tu..Kahkahkah....
Hohoho... Ini semua poyo.. Hahahaha...
Latarbelakang tu kacau betul...hahaha...
Cantik ba.. Bukan aku, tu pemandangan tu yang cantik... :p
 
 
Ada cerita best di sebalik gambar ni... Tengah kami berganti2 bergambar dengan inchik hubby, ada pula orang korea offer mau tolong ambil kan gambar kami bertiga. Jadi kami pun dapat la bergambar bertiga di sini. Walaupun ini bukan gambar yang tercantik, tapi kenangan dengan warga tempatan di sana tu yang paling berharga. Mau harap sepupu aku dengan laki dia, hilang sudah merayau-rayau entah di mana... Hahaha... 
Dalam cafe ni, ditingkat dua tu ada surau. Jadi kalau mau solat, nda payah risau. Ni sementara menunggu-nunggu yang lain selesai solat, duduk dulu pekena segelas coffee.. Tiba-tiba rindu coffee di korea tu. Sedap betul pula. Nda tau la kalau faktor cuaca sejuk tu buat sedap minum coffee... Hehehe...
Sudut dalam cafe yang menarik
Di restoran belakang tu lokasi kami makan tengah hari. Menu makan tengahari kami 
'Nasi Goncang'. Uniknya tu 'Nasi Goncang'. Kalau mau tau boleh google sebab terlupa ambil gambar... Hehehe...bukan terlupa sebenarnya, tapi sebab malu bila orang-orang dalam tu asyik tengok meja kami. Dorang rajin betul mau hai-hai Syifa... Aku pula yang rasa segan kena pandang-pandang, padahal bukan aku atau kami pun yang mau di tegur... Hahaha... Info : Nasi goncang ialah nasi dan lauk dalam satu bekas segiempat. Dihidang panas-panas dan kita kena goncang bekas segiempat tu kuat-kuat supaya makanan dalam tu bercampur sebati. Hati-hati, sebab bekas tu sangat panas. Pastikan anda mengoncang menggunakan alas atau lapik tangan yang di bagi.
Tanda kerjasama Malaysia dan Korea.
Trip-trip jadi pelakon Winter Sonata versi ada anak... Hahaha...
Byeee...Nami Island.
Ok, selepas makan kami berjalan-jalan lagi di kawasan sekitar Nami Island. Tapi memang nda habis pusing sebab luas betul. Jalan punya jalan, sekali baru tersedar yang rupanya adik Amir awal-awal sudah beli tiket keretapi ekspress. Apalagi kami berkejar-kejaran, berlari-larian untuk sampai ke tempat menunggu feri di depan pintu masuk. Sekali puuunnnnyyyyyaaaa la ramai orang yang sedang berbaris menunggu giliran naik feri. Hahaha... Tapi nasib baik, entah macam mana kami cepat juga dapat giliran naik feri tu... Selamattt...kalau tidak p la bermalam di Nami Island...Hahahaha.... Tu satu hal, sekali masa tunggu teksi pun beratur panjang juga. Tapi yang paling penting sampai on time juga ke stesen keretapi. Syukur Alhamdulillah.... Hehehe....Aktiviti lepas ni terus ke acara makan malam di Sindang. 
Menunggu makan malam
Ni menu makan malam kami malam ni.
Tempat ni kawasan laluan kami hari-hari, yang berhampiran dengan hostel kami.Sempat la juga bergambar di sini malam ini.

Selesai sudah entri untuk hari ketiga. Ada beberapa entri lagi untuk catatan percutian ni. Harap bersabar ya...Hehehe...

Entri selanjutnya.... Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (23hb. Februari.2014 - Hari KeEmpat)

No comments:

Post a Comment