Monday, 19 May 2014

Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (21hb.Februari.2014 - Hari KeDua - Part 2)

Cantik kan pemandangan di sini?
Selepas dari Itaewon kami menaiki bas untuk ke Namsan Tower ataupun di kenali juga sebagai NSeoul Tower.
Sampai di perhentian bas rupanya kena berjalan kaki lagi naik bukit untuk sampai ke Namsan Tower tu. Memang tinggi juga, terasa gayat sikit dan terbayang-bayang diri jatuh tergolek-golek ke bawah... ekekekek... Patut la bas pun tunggu dekat bawah ja.
Nampak tu? Tinggi kan...Ni baru di pertengahan.
Sampai sudah.Tadaaa...
Cantik, warna warni dan best!
Aku beli padlock pink di tangan Syifa tu untuk simpan sebagai kenangan konon nya. Sekali Syifa cakap kena tulis atas pad lock tu dan gantung. Rupanya dia memerhati dalam diam apa yang orang lain buat. Hahaha...terkejut sekejap.
Membuat tanda kenangan di sini. Syifa punya idea la ni... Hehehehe....
Macam aku perasan kadang-kadang kalau tangkap gambar mesti ada yang pandai interframe dekat belakang. Kamu tengok la sendiri..Hahaha....layan ja la...

Saranghae kunu
Pemandangan dari atas NSeoul Tower. Padatnya.
Perhentian bas dari pemandangan atas.
Lepas berlegar-legar di kawasan NSeoul Tower, kami turun ke bawah untuk masuk ke Alive Museum. Ni la sebahagian gambar-gambar yang ada dalam Alive Museum. Layannn....  

Macam nda percaya aku di selamatkan oleh Superman... Kueng...Kuenggg...
Hahaha...
Macam betul ja kan?
Syifa pun pandai juga berlakon...

Uiyoo...tangan tu juga la. Macam terer...hahaha...
Jangan ingat aku nda laju. Atlet juga ni masa sekolah dulu. Nah kalah tu dua orang tu... Kih..Kih..Kih..
Wooohooo...Gayatnyaa...
Syifa cakap kami dihujani hujan hati. So romantic...ekekekek...
Lucu pula tangok gambar ni. Hairan Syifa kenapa budak sebelah dia menangis.

Laki aku bertukar menjadi Matrix
Adoiii...ganasnya...
Memang luas juga la dalam Alive Museum tu. Memang bergambar sampai rasa nda larat. Banyak betul lukisan yang ada. Suka hati la mau gambar yang mana satu. Sekali sedar-sedar hari sudah lewat petang. Jadi kena turun ke bawah untuk tunggu bas. Macam biasa la, sejuk sudah kalau lewat petang macam ni. Fuhhh... tinggal program untuk makan malam lagi, pastu boleh balik Hostel penginapan untuk 'modop' ataupun bahasa melayu nya tidur... Hehehe... Malam ni pi makan tempat semalam juga tapi kali ni di kedai ikan bakar yang tutup semalam. Tapi sayang gambar tiada dalam simpanan. Di sini tauke kedai sempat lagi bagi Syifa 1000 won, ternyata kebanyakan orang-orang yang kami jumpa di sini sangat mengalu-alu kan orang luar (pelancong) dan mengutama kan bayi & kanak-kanak serta orang tua. Sesuatu yang sangat menarik dan mungkin juga perlu di contohi nilai murni macam tu kn?




Ok,selesai sudah entri hari kedua. Entri selanjutnya akan menyusul. Harap bersabar yaa... Menulis ni memang memerlukan banyak idea.... Kadang-kadang buntu juga. Tapi demi sebuah perkongsian, ku relakan juga...ceewahhh....jumpa lagi.

Entri Selanjutnya.... Catatan Ke Seoul, Korea (22hb. Februari.2014 - Hari KeTiga)

No comments:

Post a Comment