Tuesday, 22 April 2014

Travelog Percutian Ke Seoul, Korea

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ini baru terasa mau berblog lagi. Sebenarnya aku mau berkongsi pengalaman semasa percutian kami sekeluarga ke Seoul,Korea pada bulan Februari yang lepas. Lagipun satu yang aku mau kongsikan di sini, lebih kurang seminggu selepas kami sekeluarga balik dari bercuti tu, negara kita telah di kejutkan dengan berita
kehilangan pesawat MAS MH370. Perasaan memang agak bercampur baur bila mendengar berita tersebut. Tambahan pula dengan macam-macam spekulasi yang timbul. Memang agak trauma juga maklum lah sepanjang perjalanan kami dari Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Seoul-Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, kami menaiki pesawat Malaysian Airlines (MAS) sepenuhnya. Secara jujur, sepanjang masa tersebut aku memang sangat berpuas hati dan mengagumi cara kerja kakitangan syarikat penerbangan ini. Dan bila tiba-tiba mendengar berita seperti ini, memang agak terkejut dan seakan tidak percaya memandangkan MAS memang mempunyai rekod yang baik selama ini sama ada dari segi perkhidmatan dan layanan kepada penumpang-penumpangnya. Apapun kuasa Allah tiada siapa boleh menyangkal dan menolak, sehingga ke hari aku menulis catatan ini (16/04/2014) kerja-kerja Save And Rescue (SAR) masih lagi berjalan. Sama-sama lah kita semua berdoa semoga kerja-kerja Save And Rescue (SAR) di Lautan Hindi ini di permudahkan dan mereka-mereka yang terlibat sentiasa di lindungi. Amin...

Ok lah,memandangkan belum ada lagi aku membuat catatan mengenai percutian kami sekeluarga ke Korea Februari lalu, kena rajin-rajin kan diri juga la ni... Lagipun ini adalah satu catatan peribadi untuk aku dan juga sebagai perkongsian pengalaman yang ada. Maklum la percutian di luar Malaysia buat kali pertama untuk kami sekeluarga... Tentu la "EXCITEDNYA" terlebih sudah bilang si Stacy... Hehehe...

Jom menjelajah bersama....(Aku guna bahasa rojak ja ni...faham-faham sendiri la ar? Hehehe...)


Entri selanjutnya... Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (Fasa Perancangan & Persediaan)

No comments:

Post a Comment