Friday, 29 August 2014

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu - 10/06/14 - Hari Pertama (Timpohon Gate Ke Penginapan Gunting Langadan)

10/06/14

Jam 4 pagi aku dan inchik suami sudah bangun dan bersiap-siap di rumah. Ikut perancangan kami semua kena bertolak dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park sekurang-kurangnya jam 5.30 pagi.

Tapi biasa la kan, kalau sudah bertunggu-tunggu ni, mesti ada 'terrr' lewat sikit dari perancangan . Aku dan inchik suami tunggu di rumah saja memandangkan kawasan perumahan kami adalah kawasan laluan juga nanti. Kira-kira dalam jam 6 lebih sampai la juga mereka-mereka yang lain menjemput kami di rumah... Bermula la perjalanan dan pengalaman baru kali ini... Hehehe...


Hoyeeee.... sampai sudah di Kinabalu Park
Sedikit pesanan penaja dari ketua ekspedisi... Macam muka-muka risau ja semua ni... Hahaha
Snap-snap dulu dengan inchik suami. Sepatutnya dibelakang kami tu, gunung Kinabalu tapi memandangkan masih berkabus jadi tidak nampak la bayang Gunung Kinabalu tu. Tapi tidak apa, esok kami pastikan akan nampak dan berdiri sendiri di atasnya... Chaiyok! Aja-aja fighting! ^_^
Dengan ahli ekspedisi yang lain
Excited, nda sabar rasa pengalaman baru
Pondok permulaan
Sebelum memulakan pendakian, guide memberi kan taklimat. Paling penting ikut nasihat guide ya... jangan coba-coba untuk ingkar... hehehe... keselamatan adalah yang paling utama semasa mendaki
Snap-snap lagi
Good luck semua!
Hati berdebar untuk memulakan pendakian. Fuhhh...
Air terjun 'Crimson Fall' tidak jauh dari Pondok Timpohon. Cantiknya Ya Allah...
Para-para suami...
Okey masih mampu bergelak ketawa, muka masih ceria... Ko tunggu nanti... Hahaha...
Dekat sini nafas sudah semput, pandangan pun mula berpinar-pinar... rasa mau pengsan pun ada... Hahaha...
Singgah di pondok untuk makan dan tambah tenaga. Tips: Jangan berehat terlalu lama di setiap perhentian sebab itu akan buat seperti anda baru mahu mula bergerak sekali lagi.
Periuk Kera

Tupai-tupai ni sangat jinak, kalau dekat pondok berehat untuk makan atau minum mesti ada tupai-tupai ni..
Okay gambar dekat bawah ni kamu layan kan saja ar... kalau yang pernah naik gunung ni, mesti faham perasaan aku pada masa tu... Hahaha....
















Oyeee... Jam 5 petang akhirnya sampai Laban Rata


Dekat sini makanan nya memang sedap-sedap. Makan la puas-puas sampai habis masa sebab sampai subuh masa mendaki tu tiada makanan di sedia kan di hostel penginapan melainkan kamu rajin untuk turun breakfast di sini masa subuh hari tu.
 

Lepas perut sudah kenyang, tiada benda lain terfikir selain mau ke hostel penginapan untuk rehat dan tidur. Oleh kerana kami menginap di penginapan Gunting Langadan, kena naik lagi ke atas. Tengah kenyang-kenyang perut ni kena naik sikit pun rasa mau jalan merangkak. Penatnya ya Allah... Hehehe.... Sampai ja di penginapan, bersih-bersihkan diri kemudian masuk tidur siap standby pakai baju untuk mendaki subuh nanti. Tapi jangan harap dapat tidur dengan selesa. Walau pakai stokin tebal, baju tebal, selimut tebal sejuk memang tidak boleh tahan. Sejuknya lebih sejuk dari sejuk yang kami berada di Korea hari itu! Untuk pengetahuan di sini tiada disediakan pemanas air, so klau mau mandi pandai-pandai la masak air panas sendiri ya.. Ditambah lagi kaki yang sakit berdenyut-denyut memang dugaan betul. Akhirnya gara-gara tidak lena tidur, kami dan kawan sebilik kami suami isteri jadi peserta pertama yang bangun menyiapkan diri subuh-subuh tu.. hahahaha...



No comments:

Post a Comment