Tuesday, 30 June 2020


My Unleashed Story: #Change.

2017 De'Xandra memasuki fasa baru dengan mempunyai kilang sendiri. Kilang yang terletak di kawasan industri Bandar Teknologi Kajang ini menggabungkan dua bangunan untuk memenuhi bukan saja keperluan aktiviti pengurusan stok, pemasaran serta juga latihan buat reseller.

Selepas pembukaan kilang ni juga reseller tak perlu lagi bersesak-sesak di outlet Bangi untuk mengambil stok dan mengikuti kelas latihan Reseller Development Program.

Siapa pernah ke sini masa rumah terbuka De'Xandra tahun lepas? Ada botol perfume besarrrr di belakang pintu tu. Kalau ada yang pernah berselfie bersama perfume tu, bolehlah up balik dan tag kita di sini. Hehe.

Kredit : De'xandra/https://www.facebook.com/lieyaqaireenshop

Krisalis atau kepompong ialah fasa persediaan untuk perubahan. Di dalam fasa ini segala bekalan yang tersimpan digunakan sebaiknya. Zon selesa ditinggalkan untuk bersedia menghadapi fasa dewasa yang penuh cabaran.

#UnleashedByDexandra mengambil inspirasi daripada rama-rama Queen Alexandra Birdwing - kehidupannya, dan kekuatannya. Akan berada di pasaran tak lama lagi.


Jangan gusar jika kejayaan kita tidak sehebat orang yang lain, tapi risaulah jika kita belum lakukan langkah pertama.Kerana setiap kejayaan kecil akan juga membawa kepada yang lebih besar di masa hadapan.

Lima tahun di dalam industri wangian, De'Xandra Perfumes menandakan fasa baru di dalam perjalanan sebagai peneraju Wangian Kehidupan. Produk baru bukan saja memberi nafas baru dalam dunia wangian, tetapi juga membantu semua pencinta De'Xandra mencapai potensi mereka yang tertinggi.

Kredit : De'xandra/https://www.facebook.com/lieyaqaireenshop


Ke mana-mana saja dengan De’xandra! Peminat De’Xandra membawa perfume kegemaran mereka ke mana-mana saja mereka pergi. Maklumlah bukan saja solid dan tahan lasak boleh dibawa travel, malah tahan lama 8 jam boleh pakai sepanjang hari. Tukar rupa sekali pun pengguna De'Xandra tetap setia menjadikan De'Xandra sebagai perfume kegemaran ketika travel.

Kredit : De'xandra/https://www.facebook.com/lieyaqaireenshop

Jangan ukur kejayaan kita dengan membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita semua berlari dalam 'trek' kita sendiri. Dengan menjadikan diri kita pesaing terbaik kita, diri kita akan terus berusaha ke hadapan tanpa merasakan zon selesa.

Buat tahun ini, sesuatu yang istimewa akan muncul. Sesuatu yang melambangkan perjalanan lima tahun De'Xandra bersama semua rakan-rakan, keluarga serta team De'Xandra dari seluruh pelusuk Asia.

Nantikan #unleashedbyDexandra tak lama lagi!

Kredit : De'xandra/https://www.facebook.com/lieyaqaireenshop

Monday, 29 June 2020


De’Xandra terbaik sepanjang zaman… ini antara awards yang pernah diterima sepanjang perjalanan dexandra. Semestinya award ini hasil usaha bukan saja Puan Erna dan team nya, malah juga kesemua reseller-reseller yang setia bersama sejak dulu lagi..


Kesulitan dan usaha adalah guru kita yang terbaik. Usaha kita bukan untuk kejayaan semata, tapi untuk memberi nilai kepada diri kita dan kehidupan orang di sekeliling kita.

Tema hijau melambangkan 'growing years', tahun-tahun awal meniti kedewasaan . Banyak yang kita belajar dari yang baik mahupun yang buruk. .
Warna hijau juga melambangkan kekuatan dan keteguhan diri. Sepertimana pohon-pohon yang hutan yang tetap tumbuh penuh kehijauan, biarpun panas terik ataupun hujan yang mencurah. .
Agaknya apa yang 'hijau' dalam produk baru De'Xandra ni? Aromanya atau warnanya? Berapa hari saja lagi ya. Nantikan! 🤫

Kredit : De'xandra/https://www.facebook.com/lieyaqaireenshop



De’Xandra.

Nama ni mengambil sempena tokoh Alexander the Great, seorang pemimpin yang taklukannya terhampar dari Eropah ke Asia. Sepertimana Alexander, Puan @ernayaneenur juga ingin wangiannya 'menakluk' seluruh dunia. Dengan kualiti premium tahan lama sama seperti perfume jenama besar, wangian De'Xandra mula meniti di bibir pengguna.

"Perfume apa ni ya? Sama hebat dengan jenama antarabangsa yang biasa ku pakai!"

Ada yang terus betukar ke De'Xandra. Ada juga yang bukan saja jadi peminat setia, malah berdaftar jadi 'reseller' De'Xandra. Maka bermulalah sistem 'jemaah' yang bertujuan menyebarkan rasa cinta dan minat kepada wangian tempatan bernada antarabangsa ni. 

Tamatlah kisah "birth", kelahiran De'Xandra. Nak tahu apa terjadi seterusnya. Nantikan!