Hahahaha...bila aku ingat pasal ni, lucu pula aku sendiri... En. Hubby terkejut, En. Makmal yang bagi keputusan ni pun terkejut, aku pun terkejut terus jadi macam budak budak mau lompat-lompat..lagi lucu keluar pula "espeaking london" aku yang broken tu terus... Hahaha... Ini baru la betul-betul gila.. Tapi mungkin perasaan sebagai ibu tu yang buat aku jadi terlalu gembira bila melihat keputusan dalam gambar di atas.....
_________________________________________________________________
Imbas kembali.....(cewah...hahaha)
Imbas kembali.....(cewah...hahaha)
Tempat : Bilik Pemulihan selepas bersalin secara pembedahan
Doktor:Baby puan terpaksa kami tahan disana dahulu untuk memantau kuning nya...(sambil tunjuk tempat baby)
Aku : ????? (tengok baby di dalam tempat yang ada lampu ungu..mata baby kena tutup)
Doktor : Kami dapati baby puan ada G6PD...
Aku : G6PD??? (mcm pernah dengar,tapi x berapa pasti)
Doktor : Ya puan, kami kesan semasa ujian darah. Ini adalah prosedur yang biasa untuk membuat ujian darah pada bayi yang baru lahir bagi mengesan G6PD atau lain-lain.. Sebenarnya nisbah bayi perempuan dan bayi lelaki yang ada G6PD ni adalah sangat - sangat jarang iaitu 1:1000... Jadi baby puan adalah tergolong dalam yang sangat-sangat jarang itu... Tapi tak apa...nanti ada doktor lain yang akan beri kaunseling pasal ni... Kalau ada apa-apa kemuskilan boleh bertanya terus pada doktor tu ya? Jangan risau, ia bukan penyakit berbahaya cuma puan kena jaga pantang untuk G6PD ni saja...ok..puan rehat dulu sebelum di hantar balik ke bilik puan.
Aku : Ok terima kasih doktor... (Ya Allah...apa ni...aku blur, bius masa pembedahan tadi nda hilang lg terus dapat berita ni. Sedih tengok baby dalam tu kena bagi lampu ungu)
______________________________________________________
Hah,macam tu la cerita masa mula-mula aku dapat tahu baby aku dapat G6PD. Jadi sebap itu aku gembira bila anak aku sekarang disahkan bebas dari G6PD... Masa umur setahun buat pemerisaan darah, masih positif G6PD... (masa tu memang susah hati sebap ada yang cakap kalau masa setahun masih positif G6PD, ia memang akan kekal G6PD seumur hidup) Tapi akhirnya semasa umur dua tahun buat ujian darah sekali lagi akhirnya anak kami disahkan negatif G6PD...ALHAMDULLILAH..terima kasih Allah kerana makbulkan doa kami suami isteri...
Untuk info mengenai G6PD boleh baca ni...http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD
Kalau tidak boleh tanya Cik google juga...hehehe....
No comments:
Post a Comment