Tuesday, 22 April 2014

Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (20hb.Februari.2014 - Hari Pertama)

Di luar Airport Incheon. Menunggu bas untuk ke Hostel Penginapan.
Ketibaan di Incheon Airport 06.50 pagi
Alhamdulillah, selepas menempuh penerbangan yang panjang, lebih kurang 5 jam lebih perjalanan akhirnya kami
selamat tiba di lapangan terbang Incheon. Beza masa antara Korea dan Malaysia ialah Korea lebih awal 1 jam dari Malaysia. Okey, tiada masalah dengan perbezaan masa tapi kesejukan itu memang sesuatu yang amat ketara pebezaannya..hehehe...

Sepanjang perjalanan aku cuma risaukan Syifa, tapi syukur la Syifa tidak meragam dan tidur sepanjang penerbangan. Cuma sekali bangun dan menangis minta buatkan susu. Sampai 'oppa' sebaris dengan kami pun terus terbangun, prihatin tengok Syifa menangis. Nasib lepas bagi susu Syifa tidur balik. Fuhh... lega... Hahaha..

Ok, selamat mendarat dan selesai melalui pemeriksaan imigresen yang agak ketat juga la, kami kemudiannya menaiki tren menuju ke balai ketibaan Incheon.. Wahhh, rasa macam tidak percaya ja yang akhirnya aku dan keluarga berjaya juga menjejak kaki di bumi sonata ini... selama ini cuma la angan-angan kosong yang tidak pernah terfikir pun akan menjadi kenyataan. Tapi syukur alhamdulillah... rezeki Allah siapa tahu kan?

Pengalaman baru dan best??? Tentu la,tempat-tempat nya yang cantik, suhu di sana yang sejuk.. Syifa cakap, ada keluar asap dari mulut... Alahai la anak bubu dan yayah ni... Hahaha...


Penginapan Di Hostel Korea
Memandangkan masih terlalu awal untuk check in, kami cuma meletak beg dan bersiap-siap untuk memulakan misi berjalan-jalan kami.

Sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan

Memulakan tentatif hari pertama
Kami berlima

Walaupun penat semalam dalam penerbangan, perjuangan tetap di teruskan ^_^

Kyongbuk Palace
Ni adalah tempat pertama yang kami lawati mengikut tentatif yang telah di rancang. Kurang fokus sedikit sebab masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan cuaca yang sejuk.

 




Makan Tengahari
Mencuba makanan Korea. Not Bad, sedap juga. Bagi aku yang tidak memilih makanan ni semua pun ok ja.. hehehe... 



Sejong Museum
Selepas lunch kami menuju ke Sejong Museum. Masa ke sini memang betul-betul terasa week sangat. Syifa pun sudah tiba masa tidur, jadi kami cuma duduk-duduk di pondok berhampiran, sementara sepupu aku sama encik hubbynya saja yang berjalan-jalan di kawasan Sejong Museum ini. Rasa rugi juga tak join pusing-pusing kawasan ni sebab sepupu aku bagitahu Sejong Museum ni banyak memaparkan sejarah kehidupan penduduk Korea zaman dulu kala. Tapi sebab memang betul-betul kepenatan, terpaksa la berehat. Nasib rajin juga sepupu aku ni ambil gambar untuk aku tengok-tengok...hehehe... 

 
 




Dataran Sejong
Lepas dari Sejong Museum, kami pun mula bergerak untuk balik ke Hostel Penginapan. Lalu tempat ni, sempat la bergambar sekejap. Kebetulan ada perarakan. Tukar syif katanya. Oooo macam tu pula.. Pas gambar-gambar di sini, cepat-cepat kami beredar sebab suhu sudah semakin sejuk. Krem tangan di buatnya. Tambahan pula hari semakin petang suhu semakin jatuh. Bila angin tiba-tiba datang menerpa tu yang paling nda tahan... Gggrrrrr.....





Makan Malam di Dongdaemun
Sampai di hostel penginapan (Hostel Korea) kami check in dan berehat. Bila sudah berehat, mula la pula terasa nda larat keluar lagi. hahaha... Tapi bukan selalu kan, jadi kena paksa diri juga untuk meredah malam yang sangat sejuk itu. Hasilnya inilah muka-muka kepenatan. Syifa siap tertidur-tidur lagi. Kesian.





Selesai makan malam, terus bergegas balik hostel. Macam nda sanggup berlama-lama di luar. Memang sejuk sangat-sangat. K, Selamat Malam... Jumpa esok.
Entri Selanjutnya.... Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (21hb. Februari.2014 - Hari KeDua - Part 1)

No comments:

Post a Comment