Sunday, 28 December 2014

Catatan Percutian Ke Seoul, Korea (25hb.Februari.2014 - Hari KeEnam)

Pejam celik, pejam celik memang nda terasa cepatnya masa berlalu... Macam baru semalam berada di sini. Tup-tup hari ni balik kena balik Malaysia sudah.. Memang terasa macam mimpi... Betul la kata orang,
kita perlu menikmati hidup ini sebaik-baiknya.. Nikmati la hari ini dengan gembira, penuhkan harimu dengan pengisian yang bermakna dan Inshaa Allah, satu hari nanti ia boleh menjadi satu memori yang paling indah...

Ok berbalik pada kisah hari ini, awal lagi la kami bersiap sebab flight nanti dalam jam11 pagi... tapi memandangkan perjalanan ke airport akan mengambil masa lebih kurang dua jam, kena la bertolak awal... lagipun, ya la excited pula mau balik kan... Hihihi...

Hostel Korea ni ada pantry. Boleh masak juga bagi yang suka masak sendiri. Selain tu, boleh santai-santai menonton tv ramai-ramai juga kalau mahu. Cuma faham sendiri la ya, tiada subtitle... Hihihi...
Satu sudut di pantry
Ada sudut kalau mau order cenderamata juga
Okey, Ready untuk ke Airport
Di luar Incheon Airport
Beratur untuk check in
Penerbangan delay, disebabkan kabus tebal. Tenang-tenangkan hati dulu sambil berwelfie.. Hihihi...
Ok lihat la sendiri jarak penglihatan masa ni. Sangat terhad. Sebab tu delay lama sikit.
Setelah menunggu giliran berlepas, akhirnya kami selamat berada diatas. Masa berlepas kena beratur panjang pula tu. First time nampak kapal beratur panjang (nda sempat gambar pula keadaan tu sebab hati sedikit risau. Lagipun Ya Allah, kapal bergoyang kuat masa naik... Hurmmm....)
Hidangan pilihan Inchik Suami
Okey, hidangan pilihan aku : )
Bosan-bosan tangkap pula gambar di skrin ni...
Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami mendarat di bumi Malaysia yang tercinta ni. Ok, balik berehat di rumah sepupu untuk sehari sebelum meneruskan perjalanan balik ke Sabah. Sepanjang sehari di K.L memang nda pi mana-mana... tersangat penat, tersangat letih pula rasanya... Hehehe...

Entri Selanjutnya... (Akan dikemaskini... )

No comments:

Post a Comment